Assalamualaikum wbkt .

Welcome to the official site of #ALLSTUDENT . Sebenarnya idea terhasilnya # ini
adalah berpunca daripada # awal iaitu #student yang telah diambil alih oleh mangkuk
ayun mana ntah tanpa kebenaran chanserv ......

Maka #ALLSTUDENT ini pun dijadikan tempat berkumpulnya semua user
dari pelbagai peringkat dan generasi tidak kira negara mana mahupun loghat
yg digunakan.

Seterusnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada webmaster
yang telah berusaha tanpa tidur & makan yang tidak mencukupi
( fitnah semata mata:- note by webmaster) bagi menghasilkan website ini .

Walaupun website ini simple dan ringkas tetapi ia amat bermakna bagi # ini sebagai
channel baru dan merupakan langkah awal bagi memperkukuhkan lagi sebagai
web pertama bagi #ALLSTUDENT di pelayan (server) DALNET ini .

Jika ada kesempatan masa dan tenaga , insyaallah webmaster kita akan cuba
menaik taraf kan web ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga kepada semua
SOP , AOP dan user yang banyak memberi sokongan (support) dalam menghidupkan &
membangunkan # ini dengan pelbagai kerenah dan perangai .

Apa yang dapat diharapkan sekarang semoga semua dapat memainkan peranan dan
tanggungjawab bagi memajukan dan membangunkan lagi # ini bersama walaupun ia
bukanlah satu perkara yang senang .

Hendak seribu daya ..tak nak seribu dalih . hope u all happy and joining chatting in this # .

"Tuntutilah Ilmu Di Dunia Ini Dengan Menganggap Yg Kita Tidak Akan Mati Seumur Hidup...... Beribadatlah Untuk Akhirat Seolah˛ Kita Akan Mati Keesokan Harinya"